6.3 & 6.4 KONSEP, KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI DAN PLATFORM INTEGRASI

6.3 KONSEP, KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI

 


Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata dimana pelbagai pihak yang berbeza etika dan peradaban bertemu dan berikthiar mencari persetujuan secara aman dan harmonis tanpa keganasan. Ada yang wujud di peringkat makro, pertengahan dan mikro.

 

6.4 PLATFORM INTERAKSI

MAKRO (ATAS KE BAWAH)

PERANAN KERAJAAN ?

  • Perlembagaan Persekutuan

  • Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

  • Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan

  • Sekolah Wawasan

  • Program Latihan Khidmat Negara

  • Rancangan Malaysia

  • Wawasan 2020

  • Transformasi Negara (TN50)


i) PERLEMBAGAN PERSEKUTUAN

  • Perlembagaan Persekutuan memperakui dan menerima bentuk pembinaan negara bangsa Malaysia yang dipersetujui oleh pemimpin dan pejuang kemerdekaan negara antaranya, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Loke dan Tun V T Sambanthan. Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup bernegara dalam aman damai dan perpaduan. -(Mansor, 2018)

  • Perlembagaan Persekutuan menggariskan pasak negara, iaitu kedudukan Raja Berperlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. 



( VIDEO INI MEMAPARKAN TENTANG PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN )

  •   Raja berpelembagaan menjadi simbol perpaduan, Bahasa ibunda boleh dipelajari, agama lain diamalkan dan Perkara 153 juga menjamin kepentingan majoriti lainnya.
  •  Keluhuran Perlembagaan dalam prinsip Rukun Negara sebagai ejen penyatuan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

- Masyarakat yang berbilang kaum
  • Pekara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kesamarataan yang amat penting bagi mengelak berlakunya diskriminasi dan ketidakadilan kepada rakyat termasuklah dari segi agama, bangsa, keturunan dan jantina
  • Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 susulan peristiwa 13 Mei 1969 mengandungi lima prinsip- Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; serta Kesopanan dan Kesusilaan.
- Ini adalah rukun negara Malaysia
  • Perlembagaan mengandungi asas-asas persetujuan dan persefahaman antara pelbagai bangsa yang hidup di negara ini. Selain mengiktiraf hak warganegara semua bangsa, ia juga memberikan kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan Bumiputera, Bahasa Melayu, Agama islam dan Sultan-Sultan Melayu merupakan penduduk dan pemerintah asal serta agama yang diamalkan kaum Bumiputera Tanah Melayu. Sebarang usaaha membelakangkan Perlembagaan tidak dibenarkan kerana tidakan itu menyalahi undang-undang.

- Senarai Yang-DiPertuan Agong


ii) JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTERASI NASIONAL


- Kronologi Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional


Berdasarkan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen Keempat Belas 2019, strategi terbaru yang dirancang oleh kerajaan dalam memperkasa integrasi ialah :



STRATEGI TERKINI KERJAAN DALAM MEMPERKASA INTEGRASI 



Diagram: strategi terkini kerajaan memperkasa integrasi




  • Mencari penyelesaian terhadap isu-isu perkauman dan agama yang boleh menyebabkan perpecahan kaum dan memupuk pendamaian di peringkat akar umbi melalui khidmat 1,130 orang Mediator Komuniti (MK) di seluruh negara.
  • Meningkatkan penghayatan dan pengamalan prinsip-prinsip Rukun Negara kepada pelajar-pelajar sekolah di 6,662 Kelab Rukun Negara (RKN) di sekolah rendah dan menengah dan 169 Sekretariat Rukun Negara (SRN) di peringkat institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
- perbuatan mengangkat ikrar yang di amalkan melalui
prinsip-prinsip rukun negera

 STRATEGI / LANGKAH YANG HARUS DILAKUKAN
- Diagram strategi/langkah


- mensyuarat rukun tertangga 
  • Mewujudkan pasukan pemantau isu-isu semasa perpaduan di media sosial . Mengelakkan dari penyebaran berita-berita palsu, negatif dan berunsur fitnah supaya dapat menyakinkan masyarakat agar tidak mudah percaya dengan isu dan berita sensitif mengenai 3R yang dimainkan dalam media sosial dan inisiatif ini akan diperluaskan ke peringkat akar umbi dengan penglibatan Rukun Tetangga.
  • JPIP dianggotai oleh pelbagai kementerian dan agensi dan di antaranya adalah Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Seni dan Budaya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan beberapa agensi lain yang berkaitan


Pada 18 Jun 2020, kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) di peringkat kebangsaan. 



 iii) MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN


ANTARA LANGKAH YANG BOLEH DIJALANKAN ADALAH SEPERTI : 


iv) SEKOLAH WAWASAN

Sekolah wawasan merupakan satu konsep sekolah rendah yang boleh mewujudkan persekitaran yang memberi peluang secara langsung kepada murid-murid dari pelbagai kaum bergaul dan berinteraksi dengan lebih bebas.

Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997 adalah gabungan tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks

  •  Sekolah Kebangsaan (SK)
  •  Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SKJK) Cina Tamil dalam satu Kawasan yang sama.
  •  Para pelajar berkongsi menggunakan kemudahan seperti padang dan kantin nagi membolehkan ketiga-tiga aliran ini di dalam satu Kawasan yang sama merupakan landasan terbaik untuk mewujudkan integrasi kaum dan asimilasi budaya pada peringkat primer.


STRATEGI PERLAKSANAAN SEKOLAH WAWASAN 

  •  Membina sekolah baru di Kawasan yang ramai penduduk berbilang kaum 
  • Memindahkan atau mencantumkan dua atau tiga buah sekolah dalam satu Kawasan 
  • Menambahkan aliran di sekolah-sekolah yang sedia ada.
CIRI ISTIMEWA SEKOLAH WAWASAN

  • Dua atau tiga aliran sekolah yang mempunyai pentadbiran sendiri yang diketuai oleh guru besar masing-masing. 
  • Seorang daripada 3 guru besar ini akan dikenalpasti untuk melaksanakan tugas-tugas penyelarasan antara tiga sekolah aliran tersebut. 
  • Hanya dilaksanakan dalam satu sesi bilangan murid maksimum ialah 2520 orang.
  •  Kemudahan sekolah  seperti padang permainan, dan kantin, diguna secara usahasama. Kepakaran guru yang ada digunakan secara berkongsi dan optimum.

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu :

  • Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak .
  •  Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah . 
  • Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang . 
  • Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor . 
  • Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak .
CONTOH SEKOLAH WAWASAN : 


Comments

Popular posts from this blog

6.2 PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK INTEGRASI

6.1 : SEJARAH, DEFINISI, DAN KONSEP PERLEMBAGAAN