Posts

Showing posts from 2020

6.3 & 6.4 KONSEP, KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI DAN PLATFORM INTEGRASI

Image
6.3 KONSEP, KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI   Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata dimana pelbagai pihak yang berbeza etika dan peradaban bertemu dan berikthiar mencari persetujuan secara aman dan harmonis tanpa keganasan. Ada yang wujud di peringkat makro, pertengahan dan mikro.   6.4 PLATFORM INTERAKSI MAKRO (ATAS KE BAWAH) PERANAN KERAJAAN ? Perlembagaan Persekutuan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan Sekolah Wawasan Program Latihan Khidmat Negara Rancangan Malaysia Wawasan 2020 Transformasi Negara (TN50) i) PERLEMBAGAN PERSEKUTUAN Perlembagaan Persekutuan memperakui dan menerima bentuk pembinaan negara bangsa Malaysia yang dipersetujui oleh pemimpin dan pejuang kemerdekaan negara antaranya, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Loke dan Tun V T Sambanthan. Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup bernegara dalam aman damai dan perpaduan.  -(Mansor, 2018) Perlembagaan Persekutuan menggarisk

6.2 PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK INTEGRASI

Image
 PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI  DAN TAPAK INTEGRASI  1.MENGIKAT MASYARAKAT UNTUK MERUJUK PADA SATU UNDANG YANG SAMA UNTUK SESUATU MASALAH SUPAYA TIDAK BERCANGGAH ANTARA SATU SAMA LAIN. Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963, disebutkan bahawa, Bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan akal kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen. Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “ Ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan ”. Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan “ Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertaluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya ”. 2) MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM PENTADBIRAN NEGARA. Penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang memperuntukkan penubuhan badan yang dipanggil MKN, membolehkan pihak kerajaan mengisyhtiharkan kawasan

6.1 : SEJARAH, DEFINISI, DAN KONSEP PERLEMBAGAAN

Image
Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah  diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. SEJARAH, DEFINISI, DAN KONSEP PERL EM BAGAAN  ?  Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set undang-undang tertinggi bagi Negara Malays i a. Ia telah digunapakai sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara. Mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan perlembagaan Persekutuan secara automatik akan terbatal. Perlembagaan digubal di Parlimen denga tiga kali pendengaran (perdebatan). Sesuatu perlembagaan atau akta akan dikira digazetkan apabila ia mendapat sokongan 2/3 dari ahli dewan rakyat.  - ( Noraini, 2010 ).